Tekanan dan Kehamilan

Macam yang saya cerita sebelum ini, tekanan darah ketika hamil ini bahaya sebab apabila sampai tahap sawan ia boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Secara umumnya kita tahu punca-punca yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi ini, antaranya:
  • berat badan berlebihan atau obes
  • kurang aktif 
  • merokok & minum alkohol
  • kehamilan pertama
  • sejarah keluarga
  • umur 
  • penggunaa teknologi ( seperti IVF)
  • HORMON (ini berdasarkan pengalaman sendiri)


Kehamilan boleh menyebabkan perubahan hormon, perubahan hormon ini boleh menyebabkan emosi kita selalunya tidak terkawal kadang kala. "Stress" adalah salah satu gangguan hormon ketika kita hamil, tambahan lagi dengan sikap kita sedia ada yang cepat terasa. Nah, memang kejadiannya tidak dapat dihalang. Emosi wanita hamil ini memang ganjil, dan bukan rekaan semata-mata inginkan perhatian. Tidak sama sekali, ciptaan Tuhan tapi tidak la mau kasih salah Tuhan kan.... Walaupun hal kecil seperti; meja kotar tidak kena lap, orang bertanya sebab kurang pasti, barang terjatuh dan banyak lagi hal remeh mungkin boleh menyebabkan wanita hamil ini rasa Stress. Apa lagi hal-hal besar kan? Ya, stress ini la punca saya punya tekanan darah naik mendadak dan tidak terkawal dan akhirnya terpaksa buat pembedahan bersalin kecemasan. Saya tidak obes, saya tidak minum kopi, saya sangat aktif tapi masa kehamilan saya akui saya sangat tertekan ntah apapa. hahaha... Dua kali masuk ICU sebab tekanan darah tidak turun walaupun selepas bersalin. Bersyukur juga la, lepas dua bulan semua kembali normal. Terima kasih pada suami tercinta kerana sangat menjaga saya semasa berpantang...


Sebenarnya, cara atasi tekanan ini adalah ikut saja apa yang diinginkan. Kalau tidak dapat, cuba gantikan sesuatu yang boleh menukar emosi itu. Maka, kepada bakal bapa atau bapa fahami la isteri kamurang dan cuba la beri mereka keselesaan. Selain itu kita boleh kurangkan risiko pre-elampsia ini dengan pengambilan nutrisi yang dicadangkan pakar nutrisi, sebab sesetengag punca kita mungkin tidak dapat elak seperti; umur, sejarah keluarga, pengunaan teknologi dan kehamilan pertama. (https://www.midwiferytoday.com/articles/nutrition.asp) Kalau menurut artikel ini, pengambilan minyak ikan banyak membantu untuk mengurangkan risiko pre-eclamspsia, bila pre-eclampsia tidak muncul maka eclampsia juga tidak akan terjadi. Saya juga percaya kalau saya ada ambil minyak ikan ini sebagai tambahan vitamin saya, keberangkalian untuk saya eclampsia mungkin 0%.



Apakah gejala atau tanda-tanda pre-eclampsia? Saya alami kaki membengkak masuk minggu 35, masa itu ramai yang cakap mungkin dah mau bersalin tidak pula disangka ia adalah salah satu tanda pre-eclampsia. Sakit kepala pun ada, tapi itu saya ingat normal sebab saya memang ada penyakit migraine sebelum punca hormon juga. Kemuncak sebelum kena eclampsia, tanda yang paling saya tidak tahan adalah sakit kepala yang amat sangat sehingga rasa pening dan loya, sekali menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Tengah malam itu saya sudah rasa tidak sedap badan, saya bagitau suami bila rasa kepala dah sakit. Suami ketika itu fikir saya diserang migraine dan penat, dia pesan tidur saja.. Tapi tidur memang tidak lena, setiap setengah jam memang terbangun saya hanya bertahan. Pagi itu sebab rasa lapar minta suami belikan bubur, dia balik dengan tangan kosong cakap tiada kedai jual biar dia yang masak. Belum pun sempat dia mau masak saya rasa berat sangat kepala dan sakit di tengkuk, dah tidak tahan menahan sakit dari tengah malam minta suami hantar ke hospital. Sampai saja hospital periksa tekanan dah cecah 190/140, terus ditanya kalau dah makan kah belum sebab kena buat pembedahan bersalin. Nasib juga la kebetulan belum makan. Sebelum naik ambulan ke Hospital Likas ( Hospital Ibu dan Kanank-kanak) penglihatan saya sudah teruk, langsung kabur.

Seingat saya, sampai Hospital Likas saya disuruh tandatangan borang pembedahan. Sempat lagi minta tunggu suami yang dalam perjalanan, tapi ntah doktor kah jururawat bagitau memang tidak boleh tunggu sebab kecemasan antara hidup dan mati. Masa itu kakak dan makcik memang dah disamping, terima saja berita saya kena hantar mereka bergegas tunggu saya sana dan mereka macam ada cakap sesuatu juga tapi dah tidak ingat. Lain-lain kejadian memang tidak ingat sampai saya keluar ICU, baru la saya diberitahu sesaat anak keluar dari perut saya diserang sawan. Kali kedua kena sawan hari ke enam di wad, sehari lagi dah boleh keluar wad tapi disebabkan fikiran ingat mau pulang saja stress tiada teman di wad tekanan darah masih belum turun. Kesimpulannya, tekanan membawa penyakit.



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

My Blog List