Risiko Sawan Semasa Bersalin



Pernahkah kamu dengar wanita kena sawan semasa atau selepas bersalin?
Ya, sawan ketika bersalin bukan sebarang sawan ia boleh bawa maut ... dalam bahasa hospital ia di panggil eclampsia...dari pengalaman sediri, dua kali masuk icu kerana sawan ini.

Puncanya disebabkan oleh tekanan darah ketika hamil. Menurut kajian , tekanan darah tinggi 20 minggu dan berterusan semasa hamil boleh menyebabkan komplikasi yang di panggil preeclampsia yang mana ia boleh menyebabkan kerosakan serius kepada organ-organ anda, termasuk otak dan buah pinggang anda. Preeclampsia juga dikenali sebagai toxemia dan hipertensi akibat mengandung. Preeclampsia dengan sawan boleh menjadi eklampsia. Ini boleh membawa maut.
Tetapi, saya hanya diserang tekanan darah tinggi pada 36 minggu dan terpaksa melahirkan anak secara pembedahan pada minggu ke 37 kerana bacaan yang sangat tinggi. Seharian menahan sakit kepala, tidak disangka rupanya tekanan darah sudah naik.

Perjalanan dari saya pergi hospital untuk minta periksa sebab dah tidak tahan tu sakit sampai saya naik ambulan dan bersalin, saya hanya ingat beberapa peristiwa sahaja. Memang totally blur la masa tu.... Macam separah sedar...Selepas sedar baru saya tahu, sesaat bayi dikeluarkan dari perut saya diserang sawan..tapi syukur hanya semalam saja dalam icu... Tetapi saya juga dihantar kedua kali ke icu sebab saya pitam ke lima hari dalam wad dan Doktor cakap saya diserang sawan kali kedua dan ia sangat jarang berlaku... Saya dilabel sebagai pesakiat tinggi risiko ' high risk patient' terus masa itu...

Diingat kembali sebenarnya masalah ini boleh dielakkan dan sepatutnya tidak berlaku. Tapi perkara dah berlaku menyesal pun tidak guna, yang pasti bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas sehingga kesaat ini. Thanks God!

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

My Blog List